MyLestari adalah sebuah platform inovatif yang direka untuk membantu PBT merekod dan menguruskan Fi Lestari yang dikenakan kepada hotel secara sistematik dan efisien. Dengan menggunakan sistem ini, rekod Fi Lestari dapat disimpan dengan lebih teratur, memastikan ketelusan dalam proses penguatkuasaan dan memudahkan hotel untuk mematuhi peraturan tempatan.
MyLestari juga menyediakan laporan terperinci untuk tujuan pemantauan dan analisis, sekaligus menyokong usaha meningkatkan keberkesanan pengurusan Fi Lestari oleh pihak berkuasa. Ini adalah langkah ke arah pengurusan Fi Lestari yang lebih lestari dan bertanggungjawab.